Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato’ Hj Mahiaddin Bin Hj. Md. Yasin.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Iaitu Mahiaddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berbincang dengan pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membentuk kerajaan baharu.
Ini suatu penegasan yang sangat mengejutkan kerana bermaksud Mahiaddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mahu membawa PN bekerjsama dengan PKD dan DAP.
Pendedahan ini ternyata suatu tamparan hebat kepada parti gabungan PN khususnya PAS dan juga menteri-menteri UMNO yang gigih mempertahankan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
Kita masih ingat PAS dan menteri-menteri UMNO mempertahankan Mahiaddin dengan alasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak mahu membuat jajaran baharu dengan DAP.
Jika Presiden UMNO dan Najib Razak dituduh ‘berdosa’ kepada orang Melayu kerana kononnya mahu membentuk jajaran baharu dengan DAP, apakah untuk Mahiaddin segala-galanya adalah ‘pahala’
Setakat artikel ini ditulis belum ada respons mengenai perkembangan baru tersebut oleh PAS mahupun menteri-menteri UMNO yang kuat menghentam Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Kita perlukan penjelasan mereka berhubung isu ini khususnya daripada tokoh-tokoh politik yang diketahui seperti Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Anuar Musa.
-Mynewshub