Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KPN Terharu Ramai Bantu...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengucapkan penghargaan...

Tiada Istimewa Parol Khir...

BAGI yang jenis busuk hati dan tidak boleh tengok orang senang, ada saja...

Kumpulan Kongsi Gelap Terlibat...

KLANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang...

KPT Tegas Bendung Kegiatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah tegas membendung amalan menggunakan gelaran...

Anwar Persoal Agenda AGM FGV

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan persoalan berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 FGV Holdings Bhd yang didakwa hanya akan memberi tumpuan kepada kenaikan elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia berikutan butiran mengenai notis panggilan mesyuarat berkenaan yang diterimanya.

“Saya difahamkan Syarikat perladangan FGV Holdings Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 hari ini. Saya juga ada menerima butiran mengenai notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

“Justeru, saya ingin bertanya adakah benar mesyuarat ini hanya akan menumpukan mengenai kenaikan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV?,” katanya dalam satu hantaran di Twitter pada Khamis.


Anwar turut mempersoalkan sama ada nasib peneroka akan diberi perhatian dalam mesyuarat tersebut.

“Jika perkara ini benar, maka saya ingin bertanya bagaimana pula dengan nasib peneroka? Adakah permasalahan yang dihadapi mereka saat ini akan turut dibincangkan?,”katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori