SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menerbangkan beberapa pesawat perang termasuk jet pejuang di kawasan perairan sekitar semenanjung Korea.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Ia dilakukan bagi menunjukkan kekuatan kedua-dua negara selepas Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat baru-baru ini.
Menurut Ketua Staf Bersama Korea Selatan, sebanyak 16 buah pesawat perang negaranya termasuk jet pejuang F-35 dan empat jet F-16 milik AS membentuk formasi skuadron di Laut Barat `sebagai tindak balas kepada ancaman musuh’.
“Kedua-dua negara ini menunjukkan keupayaan dan semangat kuat mereka untuk menyerang dengan pantas dan tepat terhadap sebarang provokasi dari Korea Utara,” katanya.
Penerbangan yang membabitkan kira-kira 20 pesawat perang berlaku sehari selepas Korea Selatan dan AS melancarkan lapan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun sebagai tindak balas kepada ujian pelancaran peluru berpandu Pyongyang.
Ahad lalu, Pyongyang melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat dari empat lokasi berbeza dalam masa 30 minit.
Ia disifatkan sebagai antara ujian pelancaran senjata paling besar yang pernah dilakukan negara itu.
UtusanOnline-