Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

17 Cedera Taufan Trami...

KAGOSHIMA - Seramai 17 orang cedera apabila Taufan Trami dengan kelajuan 217 kilometer...

Penganggur Cederakan Pembantu Am...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengamuk di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari...

Chegu Bard Didakwa Keluarkan...

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard hari ini...

Sukan Asia: Tiada Undian...

KUALA LUMPUR – Tiada undian semula akan dilakukan untuk skuad sepak takraw negara...

Beijing Benarkan Makan Di Restoran, Longgarkan Sekatan

BEIJING: Beijing mula melonggarkan lagi beberapa sekatan COVID-19 dengan membenarkan makan dalam kawasan tertutup.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ini memandangkan ibu negara China kembali normal dengan jumlah kes COVID-19 semakin menurun, selepas sekatan ketat dikenakan sejak dua bulan lalu.

Beijing Daily melaporkan, makan dalam restoran di Beijing akan dibenarkan semula esok, kecuali untuk daerah Fengtai dan beberapa bahagian daerah Changping.

Restoran dan bar dihadkan untuk perkhidmatan bawa pulang sejak awal Mei lalu.

Selain itu, semua perkara akan disambung semula dan larangan lalu lintas akan ditarik balik esok di kebanyakan kawasan di Beijing.

Pekerja di beberapa kawasan bagaimanapun masih diwajibkan bekerja dari rumah.


Penduduk perlu menunjukkan ujian saringan PRC yang diambil dalam tempoh 72 jam untuk memasuki ruang awam dan menaiki pengangkutan awam, sebagai langkah untuk menormalkan ujian COVID-19.

Beijing melaporkan 16 kes gejala tempatan baharu, meningkat daripada lima hari sebelumnya dan tiga kes tidak bergejala tempatan baharu, meningkat daripada satu.

Shanghai melaporkan enam kes gejala tempatan baharu, meningkat daripada lima dan 16 kes tidak bergejala tempatan baharu berbanding sembilan kes pada hari sebelumnya.

Tiada kematian baharu, menjadikan jumlah kematian negara sebanyak 5,226 orang dan sehingga semalam, tanah besar China mengesahkan 224,310 kes dengan simptom.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori