Kuala Lumpur : Kesesakan penjara dengan pertambahan beban kewangan boleh berlaku kepada kerajaan jika hukuman mati dimansuhkan.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Pakar kriminologi, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, dalam keadaan kini, beban fasiliti penjara boleh menjadi kekangan jika pertambahan pesalah pada masa akan datang.
“Keputusan memansuhkan hukuman mati perlu diteliti dalam pelbagai aspek supaya ia tidak memberi implikasi negatif kepada pematuhan undang-undang negara.
“Di Malaysia tahap pematuhan undang-undang masih tidak setanding dengan negara maju yang sudah memansuhkan hukuman mati,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pemansuhan hukuman ini juga dianggap tidak adil kepada keluarga mangsa khususnya terbabit dalam pembunuhan kejam.
Tambahnya, kajian mendalam perlu dilaksanakan supaya ia adil untuk masyarakat dan sistem perundangan negara.
Kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
-Harian Metro