Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Gol Silva Bantu...

STOKE-ON-TRENT, England - David Silva meledak dua gol menakjubkan ketika Manchester City semakin...

Mengundi Hari Bekerja Bukan...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan mengisytiharkan 9 Mei,...

Tunggu Permintaan Rasmi India...

KUALA LUMPUR - Penceramah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik berhadapan risiko diusir pulang...

Misi Flotilla Dijangka Tiba...

PELABUHAN KLANG - Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan 'Flotilla For...

‘BERSATU Bincang Persiapan PRU, Bukan Kedudukan PM’

IPOH : Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 8 Jun lalu tidak membincangkan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Perdana Menteri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata mesyuarat terbabit hanya membincangkan soal persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selain hal berkaitan rakyat, termasuk kos sara hidup dan krisis makanan.

“Kalau ada ura-ura perbincangan lain, itu bohong kerana BERSATU tidak bincang pasal politik. BERSATU fikir untuk menangani masalah rakyat termasuk mencari jalan bagaimana untuk membantu kerajaan.

“Kami tidak bincang mengenai kedudukan Perdana Menteri, malah kami sokong Perdana Menteri sedia ada dan kami mahu kerajaan stabil untuk memberi fokus kepada masalah rakyat, bukan mengutamakan masalah peribadi atau politik,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Hutan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini, hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengulas laporan media yang memetik sumber mendakwa Mesyuarat MPT BERSATU baru-baru ini antara lain membincangkan mengenai kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Laporan itu mendakwa, BERSATU boleh menukar kerajaan sedia ada pimpinan Ismail Sabri sekiranya mendapat sokongan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Warisan (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) tanpa melalui pilihan raya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori