KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) terbuka menerima mana-mana pihak yang yakin dengan prinsip dan perjuangan parti itu.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata sebarang kemasukan atau kerjasama parti baharu ke dalam gabungan itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan Dewan Tertinggi BN.
“Selepas melontarkan perkara ini (penyertaan mana-mana parti lain) dalam Konvensyen BN pada 1 Jun lalu, ini memberikan gambaran bahawa ketersediaan kita menerima bukan hanya PBM (Parti Bangsa Malaysia) tetapi parti lain sebesar atau sekecil mana pun.
“Bagaimanapun, kita belum buat keputusan tetapi tentunya perkara ini (hasrat PBM sertai BN) sampai kepada saya dan saya tidak akan membuat keputusan seorang diri, saya akan berbincang dengan rakan pimpinan Dewan tertinggi BN untuk mencanaikan secara rasmi mana-mana pihak memohon sertai BN,” katanya.
-Berita Harian