Sebanyak 1,330 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,516,319.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Jumlah kes aktif sebanyak pula berjumlah 21,630, turun 13.2 peratus berbanding dengan perangkaan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (612)
Kuala Lumpur (266)
Pulau Pinang (92)
Sabah (63)
Perak (58)
Negeri Sembilan (54)
Kedah (49)
Johor (43)
Melaka (30)
Kelantan (18)
Sarawak (16)
Putrajaya (16)
Pahang (9)
Terengganu (3)
Labuan (1)
Perlis (0)
Sebanyak dua lagi kematian dilaporkan, dengan 1 kes kematian ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan.
Kedua-dua kematian dicatatakan masing-masing di Kelantan dan Johor.
Sejak minggu lalu, purata 3.0 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 3.7, yang menunjukkan trend penurunan.
Sejak penularan wabak itu pada Mac 2020, sebanyak 35,690 kematian direkodkan.
Sebanyak 924 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 22 daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini