Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

iPhone Bakal Guna Kabel...

PASTI ada dalam kalangan anda yang pernah berhadapan dengan situasi tertinggal kabel pengecas...

China Haram Gmail Termasuk...

BEIJING – Pemerintah China semalam mula bertindak tegas menutup langsung segala akses kepada...

Kes Harian COVID-19 Kembali...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 6,000 kes apabila sebanyak 6,437...

Lelaki Panjat Gunung Pakai...

SENGAJA cari penyakit. Seorang remaja yang memanjat gunung Snowdon dengan hanya memakai seluar...

Curi Kenderaan Mewah Di Petaling Jaya, Jual Di Johor

PETALING JAYA – Dua individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sejak awal tahun ini akhirnya diberkas polis pada 17 Jun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan dijalankan mendapati kedua individu itu akan menyasarkan kawasan perumahan elit yang sunyi untuk memecah masuk rumah sebelum mencuri kenderaan mewah milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati kegiatan ini berlaku sejak awal tahun ini, di mana kedua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa siri kecurian kenderaan mewah sekitar kawasan ini.

“Kedua suspek dipercayai akan berurusan dengan pembeli di Johor terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan mewah yang dicuri di sini ke Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.

Katanya, kedua suspek berjaya diberkas di Muar, Johor pada 17 Jun lalu kira-kira jam 2 pagi.


“Serbuan yang dijalankan di sebuah premis kediaman telah berjaya memberkas dua individu berumur 20-an dan 40-an.

“Selain itu, serbuan turut berjaya merampas dua buah kenderaan mewah jenis Mercedes dan Proton X70 selain pelbagai peralatan dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod dijalankan mendapati kedua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau bersabit jenayah dan dadah.

“Tangkapan kedua suspek sekali gus berjaya menyelesaikan kes kecurian kenderaan dan pecah rumah di sekitar Petaling Jaya.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori