Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kira-Kira 60,000 Guru Belum...

MARANG - Kementerian Pendidikan mengesahkan seramai 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 9 pagi...

Roslan: Bermalam Bersama Mayat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles MASUK hari itu - 23 Oktober 1979 - sudah...

Dato’ Ida, Suami Jelajah...

KESIBUKAN tidak menghalang ahli perniagaan berjaya yang juga pemilik butik Bianco Mimosa, Dato’...

DBKL Tempatkan Anggota Di 24 Hotspot Banjir Kilat

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menempatkan kakitangannya yang ditugaskan secara bergilir-gilir di 24 lokasi yang dikenal pasti sentiasa berlaku banjir banjir di sekitar ibu negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Melalui perkongsian di Facebook, DBKL memaklumkan kakitangan dari pelbagai jabatan itu ditempatkan di khemah yang disiapkan khas bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, dengan turut dibantu sukarelawan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Turut dikongsikan pam air yang kini siap dipasang di 10 lokasi panas banjir kilat seperti diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah sebelum ini.

Lokasi itu ialah di Bulatan Dato Onn, Lebuh Ampang, Jalan Rahmat, Kampung Periuk, Kampung Pasir, Lorong Abdul Samad, Taman Botani Perdana, Segambut Bahagia, Kampung Kasipillay dan berhampiran Balai Polis Brickfields.

Ia sebahagian daripada 26 unit pam air berkuasa tinggi yang diletakkan bagi tujuan menyedut air bertakung lebih pantas dan menyalurkannya ke sistem saliran berdekatan, seterusnya mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.


“Ini antara usaha jangka pendek yang dibuat DBKL dan dalam masa sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim juga sudah mengumumkan pelan tindakan jangka panjang bagi menangani isu banjir kilat baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu Shahidan memaklumkan tiga pendekatan diguna pakai bagi menangani isu banjir iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Beliau berkata, pendekatan jangka pendek adalah membabitkan tindakan pengepaman air, pengawasan dan meletakkan beg pasir di kawasan terbabit dengan limpahan air sungai yang sudah dilaksanakan serta-merta.

Pembinaan kolam setempat untuk kawasan penduduk pula adalah pendekatan jangka masa sederhana, manakala pembinaan terowong simpanan air bawah tanah yang kini di peringkat tadbir urus adalah langkah jangka masa panjang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori