Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anis Teruskan Misi Jejakkan...

Pendaki Wanita Negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26, meneruskan misi pendakiannya untuk menjejakkan kaki...

Semangat Patriotik, Cinta Negara...

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi...

Penumpang Maut,Kereta Rempuh Besi...

SEREMBAN - Seorang penumpang maut setelah kereta Proton Persona yang pandu rakannya terbabas...

Adira Anggap Suami Saja...

SEMALAM kita digemparkan dengan pengakuan berani mati Datuk Red berikutan mempunyai 'skandal' dengan...

Dua Beranak Rentung Dalam Kebakaran

TAWAU : Dua beranak rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 40-an dan 70-an itu ditemukan selepas operasi pemadaman selesai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Julius John Stephen berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Kamisah Mapiasah, 40-an, dan ibunya, Sadiah Jabar berusia 70-an, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 pagi dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati lima buah rumah terlibat dalam kebakaran dan tiga daripadanya musnah sepenuhnya manakala dua rumah lagi terbakar 40 hingga 60 peratus.

Operasi pemadaman kebakaran yang turut dibantu Bomba Komuniti Sri Titingan dilakukan menggunakan dua aliran air daripada sumber air dari jentera bomba dan satu aliran air menggunakan pam angkut sumber air dari Jabatan Air Negeri Sabah.

Mangsa rentung kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi pemadaman terkawal pada pukul 1.32 pagi dan ditamatkan pada pukul 3.08 pagi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori