Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Kes Suami Ziana Zain,...

KECOH kalangan pengguna media sosial mengenai suami kepada penyanyi bersuara gemersik, Ziana Zain...

Pelajar ‘Blonde’ Nafi Pijak...

PELAJAR rambut perang yang didakwa salah seorang suspek kes buli pelajar tingkatan satu...

Ladang Paulownia Dibangunkan Di...

KOTA BHARU - Tanah tinggi Lojing, kira-kira 100 kilometer dari bandar Gua Musang...

Loke Cadang Bina Stesen...

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengesyorkan sebuah stesen bagi...

Edar Dadah: Buruh Binaan Dihukum Gantung Sampai Mati

Muar : Buruh binaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah, empat tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tertuduh, Loo Yong Heng, 44 tahun didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 183.14 gram.

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dan berjaya membuktikan tertuduh melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, tarikh, masa dan tempat hukuman gantung sampai mati akan ditentukan kemudian.

Tertuduh juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi lima pertuduhan lain membabitkan kesalahan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya.


Sepanjang proses pembicaraan sejak 2018, seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil bagi memberi keterangan.

Terdahulu, Loo didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Jalan Bukit Kontang, Tangkak, kira-kira jam 10.30 pagi, 13 Februari 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Chon Sin.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori