Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Setakat...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Penduduk Terharu TPM Sudi...

TUMPAT - "Kami hanya mampu ucapkan 'Terima Kasih' sebab dia (Timbalan Perdana Menteri...

Musim Ke? Pesawat American...

TULSA, Oklahoma - Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang...

Kantoi! Mahathir ‘U-Turn’ Jadi...

TERSERLAH... Akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum disahkan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha yang terpuji.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Seluruh rakyat jelata malah perlu menyokong, mendokong dan bersama KBS dalam mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia.

Bagaimanapun agak meragukan apabila pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri KBS.

Semua pasti ingat rakaman video tular Ketua Armada PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berjanji menggunakan jawatannya bagi mengeluarkan surat sokongan.

Surat sokongan itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan undi dalam pemilihan PPBM pada tahun 2020 dan Wan Ahmad Fayhsal mengakui perkara itu kepada media.

Ketua Armada PPBM itu sebaliknya mendakwa itu bukan suatu kesalahan sebaliknya mahu menolong para belia untuk mendapatkan bantuan disediakan kerajaan.


Setakat ini kita belum mendengar sebarang teguran oleh PPBM yang turut diterajui Ahmad Faizal sebagi Timnbalan Presiden terhadap perbuatan Wan Ahmad Fayhsal.

Kita khuatir jika janji menggunakan jawatan bagi mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan undi turut dianggap tidak salah oleh PPBM.

Jika kesalahan asas seperti itu dianggap betul, bagaimana agaknya Ahmad Faizal akan membawa KBS mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia pula?

Kita khuatir apa yang diharapkan akhirnya berkesudahan dengan peribahasa ibarat tikus membaiki labu atau ibarat ketam mengajar anak berjalan.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori