Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Roti Gardenia Naik Harga...

Pengguna di Semenanjung Malaysia terpaksa membayar tambahan sekitar 10 hingga 45 sen untuk...

Polis Rekod Keterangan Anak...

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merekod keterangan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas...

DeFam Sah Ganti Altimet...

GANTI... Penyanyi berkumpulan wanita popular DeFam jadi artis yang akan ganti Altimet bagi...

Kerjasama Erat Mantapkan Usaha...

BETONG - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu jalinan kerjasama, persaudaraan...

Empat Maut, Seorang Parah Nahas Dua Kenderaan

PETALING JAYA – Seramai empat mangsa maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di susur keluar 104, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) menghala Kelana Jaya di sini, awal pagi Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kota Anggerik dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 pagi.

“Dilaporkan kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira Aeroback berlanggar dengan sebuah Proton Wira jenis sedan.

“Lima mangsa terlibat, empat orang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Beliau berkata, mangsa yang maut adalah, Puvaaneshwaran Paranjhoti, 28, yang menaiki Wira Aeroback manakala Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31; Leong Man Yuen, 27, menaiki kereta Wira Sedan.

Katanya, Heng Chan Yee, 28, yang turut menaiki Wira Sedan dibawa ke Hospital Sungai Buloh berikutan kecederaan parah dialaminya dalam kemalangan itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori