Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

1MDB Kesan Cubaan Pihak...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, pihaknya berjaya menghalang cubaan untuk...

Masih Beraya Bujang? Jangan...

ANDA masih beraya bujang tahun ini? Masih belum dipertemukan dengan jodoh? Kepada anda yang...

2 Warga Asing Disyaki...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga asing disyaki baru melakukan samun ditahan di...

3,344 Mangsa Banjir Berada...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 3,344 orang...

Enam Kes Disyaki Cacar Monyet Diuji Negatif

BANGKOK : Enam kes yang disyaki jangkitan cacar monyet di negara ini dilaporkan negatif susulan ujian makmal yang dilakukan, kata Jabatan Kawalan Penyakit (DDC).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bangkok Post melaporkan, sehingga Jumaat lalu, tiada kes disahkan penyakit itu dilaporkan di negara ini.

Menurut DDC, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, penyebaran virus itu tidak dapat dikawal sepenuhnya dan langkah-langkah kawalan yang berkesan, seperti dilakukan untuk membendung Covid-19, mesti dilaksanakan.

Bagaimanapun, cacar monyet mempunyai kecenderungan untuk merebak dengan lebih cepat, tambah WHO.


Pada Jumaat, terdapat peningkatan global dalam kes di Portugal (19 kes), United Kingdom (11), Belanda (8) dan Amerika Syarikat (3).

Jurucakap DDC berkata, pegawai kesihatan kini memantau ketibaan pelancong dan pelawat dari negara-negara yang dikesan berlaku kes jangkitan cacar monyet.

Jelasnya, perhatian khusus diberikan kepada mereka yang tiba dari negara-negara Afrika, United Kingdom, Portugal, Sepanyol, Kanada dan Jerman.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori