Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Panglima ATM Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed...

Tahun Baru Cina: Pos...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yakin penggunaan kad ucapan sebagai...

Covid-19: Arab Saudi Minta...

RIYADH - Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan...

Bayi Derita Empat Penyakit...

KUALA KEDAH - Bayi Ini Derita Empat Penyakit Kronik Sekaligus, Meskipun kelihatan sihat...

Enam Sekawan Nyaris Rentung Rumah Terbakar

KLANG : Enam sekawan termasuk lima warga asing nyaris rentung apabila rumah didiami mereka musnah terbakar di Kampung Haji Mohd. Shariff, Meru di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kebakaran kira-kira pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika semua lelaki berusia 21 hingga 43 tahun itu sedang tidur di premis tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.31 pagi.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan 36 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Kota Anggerik, Sungai Pinang dan Andalas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api marak memusnahkan rumah berstruktur kayu berkenaan. Selain itu, tiga kereta buruk yang berada di lokasi berkenaan juga musnah,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Jelas Norazam, enam mangsa yang menghuni rumah itu berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Mereka terdiri daripada seorang warga tempatan dan lima warga asing dipercayai Pakistan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” jelasnya.

Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh kurang 30 minit dan operasi tamat sepenuhnya pukul 6.40 pagi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori