Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

V.Shem-Wee Kiong Kejutkan Beregu...

RIO DE JANEIRO - Pasangan beregu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong melakar...

Penternak Harap Subsidi Ternakan...

Alor Setar : Pemberian subsidi ternakan ayam diharap mampu memberi situasi menang-menang dalam...

CAAM Yang Bermasalah, Mavcom...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan keputusan Kementerian Pengangkutan (MoT)...

Sultan Selangor Dukacita Ada...

KESAL... Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan perasaan dukacita apabila ada segelintir...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong selama enam bulan lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, lanjutan itu diberi kepada pemohon pembaharuan lesen bermula dari 30 Jun sehingga 31 Disember ini.

Katanya, keputusan itu dibuat atas keprihatinan kementerian terhadap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang masih lagi terkesan susulan impak pandemik Covid-19.

“Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 31 Disember 2021 yang lalu melibatkan 3,419 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM5,676,700,” katanya.


Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada bantuan sokongan daripada kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan dan membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan wabak Covid-19.

MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak supaya membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori