Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Hukum Mati...

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman mati terhadap 81 pesalah dalam tempoh 24...

Festival Daging Tawar Daging...

ALOR SETAR - Rakyat di negeri ini berpeluang mendapatkan bekalan daging lembu tempatan...

Polis Temui Kereta Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis menemui kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian...

56 Kes Gigitan Anjing...

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini menerima laporan 56 kes berkaitan...

Gesa Perhimpunan Agung PBB Ambil Perhatian Isu Hina Nabi Muhammad

ISLAMABAD – Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil perhatian terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari menghubungi Presiden Perhimpunan Agung PBB Abdulla Shahid melalui telefon dan memaklumkan mengenai kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW yang dibuat pegawai BJP itu, lapor Agensi Anadolu.

“Provokasi yang disengajakan itu telah menjejaskan sentimen berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, Menteri Luar menggesa (presiden Perhimpunan Agung PBB) untuk mengambil perhatian terhadap perbuatan terkutuk itu di tengah-tengah peningkatan ucapan kebencian dan Islamofobia di India,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.

Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk “perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota, dengan tujuan untuk menangani isu itu yang telah menyebabkan perasaan tersinggung dan kebencian dalam kalangan umat Islam.”


Minggu lalu, jurucakap kerajaan BJP India Nupur Sharma dan Ketua Media parti itu di Delhi Naveen Kumar Jindal membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW, mencetuskan gelombang kecaman di seluruh negara dan dunia Islam.

Pada Ahad, BJP telah bertindak menggantung keahlian Sharma dan memecat Jindal daripada parti.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori