Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Netizen Kutuk King Coco...

INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco telah pun selamat bergelar...

“Sukar Buat Gimik Lagi”...

PADA zaman ini, terlalu banyak cara yang dilakukan bagi mempromosikan sesebuah produk. Strategi...

Remaja Antara 4 Pengemis,...

KUALA KANGSAR - Seorang remaja berusia 14 tahun antara empat pengemis dan kutu...

P.Pinang Didesak Tubuh Tabung...

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang campur tangan...

Harga Petrol Di Pakistan PKR233.89 (RM4.95) Seliter

ISLAMABAD – Kerajaan Pakistan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 24 rupee Pakistan(PKR) atau 50 sen lagi bagi setiap liter ketika kadar inflasi di negara itu melonjak, lapor laman berita Wionews semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Susulan kenaikan terbaharu itu, petrol di Pakistan kini dijual pada harga PKR233.89 (RM4.95) seliter, manakala satu liter diesel pula berharga PKR263.31 (RM5.58) selepas harga minyak diesel dinaikkan sebanyak PKR16.31 (36 sen).

Menteri Kewangan Pakistan, Miftah Ismail berkata, kenaikan harga bahan api itu tidak dapat dielakkan berikutan harga antarabangsa yang tinggi sambil menyalahkan kerajaan terdahulu pimpinan Imran Khan.

Kerajaan Pakistan menaikkan harga petrol dan diesel buat kali ketiga dalam tempoh 20 hari ketika keadaan ekonomi negara semakin tenat.

Pakistan telah cuba mengawal defisit fiskalnya dan cuba mendapatkan jaminan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


IMF sebelum ini mendesak Pakistan supaya menamatkan subsidi bahan api. Pemiutang antarabangsa itu bersedia memberikan pinjaman sekiranya kerajaan Pakistan bersetuju untuk menghapuskan subsidi bahan api termasuk petrol dan diesel.

Pada bulan lalu, semasa mengumumkan kenaikan harga bahan api, Perdana Menteri Pakistan yang baharu, Shehbaz Sharif memaklumkan perkara itu perlu dilakukan untuk menyelamatkan negara daripada muflis.

Negara itu menyaksikan beberapa siri bantahan di Lahore, Karachi dan Islamabad di tengah-tengah peningkatan inflasi dan kenaikan harga bahan api awal bulan ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori