Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ibu Muda Antara 21...

KUANTAN - Seorang ibu tunggal antara 21 individu yang ditahan ketika sedang khayal...

S.Kumar Tak Mahu Buang...

KUALA LUMPUR - Penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar, yang gagal ujian doping,...

Boleh Tahan Kasar Juga...

Memandangkan sekarang semua tengah demam bola sepak sempena perlawanan akhir Piala Malaysia, JDT...

Dialog TN50 Pastikan Keperluan...

KOTA KINABALU - Pandangan dan idea yang dikongsikan melalui dialog Transformasi Nasional 2050...

Harga Siling Baharu Ayam Tinggi – CAP

GEORGETOWN : Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di Semenanjung yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu tinggi khususnya bagi mereka dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, pihaknya berpandangan harga siling baharu itu bakal membebankan kumpulan B40.

”Menerusi tinjauan CAP, ramai yang berpendapat harga ayam RM9.40 sekilogram adalah tinggi bagi kumpulan B40 dan mereka bakal berdepan kos lebih tinggi dengan harga ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung mulai esok.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).


Subbarow berkata, CAP juga memohon pihak berkuasa memastikan ayam yang dipotong tidak dikenakan caj oleh para peniaga kerana caj berkenaan menyebabkan harga ayam semakin meningkat.

”Pada masa ini RM1 hingga RM2 dikenakan untuk setiap ayam yang dipotong oleh penjual. Jika penjual mengenakan bayaran untuk memotong ayam sekarang harganya ialah RM10.40 hingga RM 11.40, bukan lagi RM9.40 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, CAP juga mahu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan kepada pengguna yang mana mereka tidak akan dikenakan bayaran atau caj memotong ayam.

”CAP mahu agensi penguatkuasaan berkaitan membuat tinjauan di gerai-gerai makan supaya harga makanan berasaskan ayam tidak dijual lebih tinggi. Selain itu, CAP juga menggesa lebih ramai pegawai penguat kuasa ditempatkan di pasar basah untuk memantau harga jualan ayam agar tidak dinaikan oleh para peniaga,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori