Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Geng Samun...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata, pecah rumah dan curi...

Kes Rasuah Guan Eng,...

MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang hari ini, menetapkan 30 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan...

Kedah Julang Piala Sultan...

JOHOR BAHRU - Bintang import, Liridon Krasniqi muncul wira Kedah apabila menghasilkan gol...

Biadap! Ariana Grande Kantoi...

VIDEO yang memaparkan penyanyi kecil molek Hollywood, Ariana Grande, yang dipercayai telah menjilat...

Harga Siling Runcit Ayam RM9.40 Sekilogram Bermula 1 Julai

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling runcit bagi ayam standard di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram berkuatkuasa bermula 1 Julai ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar RM0.45 sen sebiji bagi gred A, gred B (RM0.43 sebiji) dan gred C (RM0.41 sebiji) di Semenanjung
Malaysia.

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit bagi ayam standard malah keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 tahun ini malah bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ronald berkata, dengan pelaksanaan subsidi itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5
Februari lalu.

“Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Bagaimanapun, kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” ujar beliau.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori