Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Banjir Di Pahang, Terengganu,...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan...

Perakam Video Warga Emas...

MESKIPUN tujuan perakam video ini adalah baik untuk menunjukkan betapa romantiknya warga emas...

14 Terperangkap Insiden Lonjakan...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden lonjakan...

Pertemuan Empat Mata PM...

ANKARA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan...

HFMD: Kes Meningkat 16 Kali Ganda Di Pahang

KUANTAN – Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan di negeri ini meningkat sebanyak 16 kali ganda iaitu sebanyak 3,760 kes setakat tahun ini berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah kes berkenaan, lebih 95 peratus atau 3,585 kes berlaku secara sporadik manakala 4.7 peratus atau 175 kes lagi dikenalpasti hasil penularan di pusat asuhan.

“Sebanyak 3,375 kes membabitkan kanak-kanak berusia kosong sehingga enam tahun, 326 kes bagi kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun manakala 59 kes dalam kalangan individu berusia lebih 12 tahun termasuk 44 kes membabitkan pesakit berusia lebih 18 tahun.


“Majoriti kes berkenaan pulih tanpa rawatan dan hanya 98 kes sahaja yang pernah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan lanjut namun tiada kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kes kematian direkodkan,”katanya dalam sidang akhbar selepas membuat pemeriksaan dan pemantaun risiko di taska, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Nor Azimi, sehingga semalam, sebanyak 505 premis taska telah dilawat untuk pemeriksaan dan 35 daripadanya telah diarah tutup mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan dua pusat jagaan harian membuat penutupan secara sukarela.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori