Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Beliawanis ‘Balas’ Surat Terbuka...

JIKA beberapa hari lalu viral mengenai surat terbuka daripada seorang finalis program dakwah...

‘Kotak Telur Kena Bayar...

PETALING JAYA – Tular di media sosial sejak pagi tadi notis pemberitahuan memaklumkan...

Fattah Tarik Diri, Enggan...

SELEBRITI pun manusia biasa juga dan mereka pasti mempunyai satu perasaan janggal yang...

Cantum Tanah Felda Jadi...

ROMPIN - Kerajaan merancang tanah-tanah peneroka Felda dicantum menjadi ladang besar yang mampu...

Hina Islam: 12 Rangkaian Pub Holywings Di Jakarta Ditutup

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melucutkan permit operasi pub dan rangkaian restoran Holywings di Jakarta selepas polis mendakwa enam pekerjanya atas tuduhan menghina agama Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tindakan itu adalah susulan daripada promosi minuman alkohol di rangkaian Holywings yang menawarkan minuman percuma untuk individu bernama Muhammad atau Maria.

Menurut pihak berkuasa, 12 cawangan pub di ibu negara itu ditutup hari ini kerana mereka tidak mempunyai lesen untuk menghidangkan alkohol.

“Pekerja itu melakukan promosi itu dalam usaha untuk memenuhi sasaran jualan,” menurut polis.

Aduan dilakukan oleh kumpulan agama dan keenam-enam mereka didakwa mengikut undang-undang menghina agama, yang boleh dihukum penjara lima tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Sementara itu, penyelidik Indonesia di Human Rights Watch, Andreas Harsono, berkata undang-undang fitnah dan undang-undang yang mengawal aktiviti dalam talian menjadi semakin berbahaya.


“Enam individu ini baru saja membuat promosi alkohol, mungkin tidak masuk akal di negara yang majoriti Islam tetapi tiada jenayah langsung mengikut piawaian antarabangsa,” katanya.

Dalam catatan media sosial yang kemudiannya dipadamkan, bar itu menawarkan sebotol gin percuma untuk lelaki bernama Mohammad dan wanita bernama Maria setiap Khamis.

Rangkaian bar dan restoran berkenaan, Holywings Indonesia, memohon maaf atas promosi itu, yang dikatakan dibuat tanpa pengetahuan pihak pengurusan.

Indonesia memenjarakan lebih 150 orang, kebanyakannya daripada agama minoriti, sejak undang-undang menghina ​​agama diluluskan pada 1965, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Human Rights Watch.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori