Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Peguam Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas...

JPJ Kesan Tonto Lindungi...

SEPANG - Kegiatan ‘ulat teksi’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan...

Ibu Terkejut Jumpa Mayat...

TUMPAT - Seorang ibu yang baharu pulang ke rumahnya di Taman Seri Kota...

Serangan Ohio State Uni,...

KUALA LUMPUR - Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio...

Hina Nabi, Malaysia Hantar Wakil Khas Ke India

KUANTAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia berhubung isu menghina Nabi Muhammad SAW kepada kerajaan negara itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata langkah itu diambil selain tindakan kementeriannya yang memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lalu.

“Setakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India.

“Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi Kerajaan India,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Twenty’s Talk Hi-Tea di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, tindakan diambil Kerajaan India terhadap isu berkenaan bagaimanapun dilihat cepat apabila dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW sudah dilucutkan jawatan dalam kerajaan.


“Saya hadir Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India pada 16 Jun lalu dan keesokannya saya hadir mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar India Dr Subrahmanyam Jaishankardi dan saya sempat sampaikan pandangan Kerajaan Malaysia berhubung isu ini.

“Beliau (Dr Subrahmanyam) mengatakan penghinaan dilakukan tidak melambangkan pendirian India dan kami bersetuju kedua-dua pihak perlu mencari jalan supaya dapat diselesaikan dengan cara lebih baik jika berulang pada masa depan,” katanya.

Baru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah RA.

Perkara itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah memunggah keluar produk India daripada rak jualan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori