Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Op Patkor Malindo Perkukuh...

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus menyemarakkan ikatan kerjasama pertahanan maritim bersama...

Polis Kesan Wanita Ganggu...

GEORGE TOWN - Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian...

PDRM FA Terima RM1.3...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini Persatuan Bola Sepak...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

Ikan Belacak Halal Dimakan

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan hari ini yang menyatakan, ikan belacak mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab.

Justeru, katanya, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie.

“Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembap dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair.

“Ikan belacak adalah ikan afimbia (dua alam), habitatnya di muara pasang surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut.


“Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri malah, tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air,” katanya.

Katanya, penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya haiwan tersebut dua alam yang habitatnya di air dan di darat, maka penentuannya melihat kepada kawasan yang lebih lama boleh hidup dan bertahan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori