Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Man City Nafi Pernah...

MANCHESTER City menafikan laporan mengenai kelab tiu cuba dan gagal mendapatkan penyerang Lionel...

Projek Lembah Chuping Harus...

PADANG BESAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu projek...

Jangan Gunakan RUU 355...

OLEH: Zainal Rashid Ahmad DALAM kaedah fekah, terdapat teras kaedah pemikiran yang strategik dan...

Kekalkan Akta Hasutan Bagi...

PUTRAJAYA - Akta Hasutan 1948 perlu terus dikekalkan bagi memelihara keamanan negara yang...

Import Ayam Dari Thailand Tidak Ditambah

BAGAN SERAI – Import ayam dari Thailand yang dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) tidak akan ditambah susulan pengusaha di dalam negara sudah mula menternak kembali ayam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan memang membenarkan import ayam oleh mana-mana pihak dalam usaha menambah stok penimbal di negara ini.

Menurutnya, bagaimanapun memandangkan permintaan ayam ketika ini semakin bertambah, ramai pengusaha kembali menternak ayam termasuklah agensi kerajaan seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan sebagainya.

“Setakat ini mencukupi. Sekarang apabila agensi menternak ayam ia akan menambah stok penimbal. Untuk makluman sekarang ini macam PPK di sebelah Johor mereka ada kilang proses ayam, reban ayam, kilang anak ayam pun kita ada. Kerajaan suntik dana besarkan. Perak, Kelantan, Selangor kita dah mula. Itu saya kira dah laju kita bertindak.

“Bila kita uruskan sendiri anak ayam. Insya-ALLAH industri ayam ini akan berkembang pesat di negara kita dan ia akan jadi check and balance kepada syarikat-syarikat ayam yang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Gunung Semanggol/Selinsing, di sini pada Khamis.


Hadir sama, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Sham Mat Sahat.

Nik Muhammad Zawawi berkata, import ayam ketika ini perlahan disebabkan harga di dalam negara lebih murah berbanding negara lain seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Pada Rabu, Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim menjelaskan inisiatif pelaksanaan stok penimbal ayam oleh LPP dijangka mampu menampung 20 peratus bekalan dalam negara menerusi pengimportan 4,536 metrik tan sumber protein berkenaan secara berperingkat dari Thailand, sehingga hujung Julai depan.

Pengimportan bekalan ayam itu bertujuan menjadi stok penimbal dalam mengimbangi sebarang ketidakstabilan atau kenaikan harga sekiranya ada kawasan yang dilaporkan berlaku kekurangan bekalan sumber protein di seluruh negara.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori