Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Apartmen Satu Bilik Je.....

OH, terkedu rasanya mendengar harga seunit kediaman yang ditawarkan oleh pemaju apartmen One Hyde...

Anak Berhati Setan Tergamak...

SEORANG ibu tidak menyangka anak kandungnya yang berusia 21 tahun tergamak melepaskan nafsu dengan...

Iran Mulakan Siasatan Nahas...

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan...

Gambar: Kilang Roti Benggali...

Loya dan amat menjijikkkan!!Itu gambaran tentang persekitaran sebuah kedai roti terkemuka yang terletak di...

Indonesia Pertimbang Benarkan Penggunaan Ganja Secara Sah

JAKARTA – Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia akan mengkaji secara terperinci mengenai cadangan penggunaan ganja secara sah untuk tujuan perubatan, lapor saluran berita Liputan6 semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hal itu demikian kerana pemerintah mahu melihat kebaikan dan keburukan ganja untuk tujuan tersebut.

“Kami akan menilai baik atau buruk (ganja) dengan meminta pendapat atau pandangan pakar daripada pelbagai pihak seperti kesihatan, sosial, agama dan sebagainya,” kata Ketua Perhubungan Awam kementerian tersebut, Tubagus Erif Faturahman.

Menurutnya, pemerintah Indonesia berkemungkinan besar memberi kebenaran sekiranya unsur-unsur positif adalah lebih banyak berbanding negatif. Selepas disahkan, ia bersedia untuk memantau penggunaannya.

“Jika kesan positif lebih banyak, pemerintah pasti akan membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan. Ia bagaimanapun akan dilakukan dengan mekanisme dan peraturan yang ketat bagi mengelak penyalahgunaan,” tambah Tubagus Erif.


Dalam pada itu, Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin menegaskan bahawa penggunaan ganja adalah dilarang dalam Islam.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat pengecualian untuk keperluan perubatan. Justeru, Ma’ruf meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa.

“Memang ganja diharamkan. Namun untuk masalah kesihatan, MUI perlu mengeluarkan fatwa baharu dengan kriterianya,” ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori