Bagaimanapun, katanya, beliau belum menerima sebarang tarikh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk bertemu bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
“Saya akan bertemu dengan Perdana Menteri dan saya masih menunggu tarikh, mungkin dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai kedudukan saya dalam Kabinet.
“Selepas selesai semua ini, satu sidang media khas akan dilaksanakan, Insya-Allah dalam minggu depan, jadi sekarang semua boleh berehat dulu, saya pun nak berehat dan akan adakan sidang media Isnin ini,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.
-Berita Harian