Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelik.. Ratusan Alat Seks...

PELIK.. ratusan alatan seks atau dildo dilihat tergantung di kabel elektrik di sepanjang...

Angka Maut Letupan Paip...

MEXICO CITY - Angka kematian dalam insiden letupan akibat kebocoran saluran paip minyak...

Umat Islam Wajib Berusaha...

KANGAR - Umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menambah ilmu supaya menjadi umat yang...

SPRM Siasat CEO TEKUN...

SEORANG bekas Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang bergelar Datuk ditahan reman selama...

Isu Tanah Terbiar Antara Topik Bakal Dibincangkan Dengan Semua Negeri

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan isu tanah terbiar antara topik bakal dibincang dengan semua pemimpin negeri pada mesyuarat akhir bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, masalah tersebut jika dapat diatasi akan mampu menangani isu kekurangan bekalan makanan terutama produk pertanian komersial.

“Bukan setakat dapat dibuka ladang jagung bijian yang akhirnya menyelesaikan isu dedak makanan ayam, malah kekurangan stok sayur-sayuran juga dapat diatasi,” katanya optimis.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Pecutan Berasaskan Biologi (BBA) yang diwujudkan Bioeconomy Development Corporation Malaysia Sdn. Bhd, di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, menyentuh isu tanah terbiar di seluruh negara.


Beliau meminta semua agensi berkaitan mengoptimumkan penggunaan tanah itu bagi sektor pertanian sekali gus negara dapat mengurangkan kebergantungan import produk makanan.

Mengulas lanjut, Ronald membayangkan isu berkenaan akan diperhalusi sekali lagi ketika mesyuarat susulan bersama semua menteri besar dan ketua menteri pada hujung bulan ini.

“Kita akan bangun balik tanah ini sama ada milik negeri atau pusat kerana usaha ini bakal jadi pelan jangka panjang demi memastikan kelangsungan bekalan makanan domestik,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori