Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Nahas Helikopter...

SEBUYAU (Sarawak) - Tumpuan pencarian kini beralih ke kawasan hulu Sungai Batang Lupar...

Industri Minyak Sawit Malaysia...

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menangani banyak cabaran untuk membolehkan industri minyak sawit...

Keputusan DNAA Zahid Kekal,...

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan...

Bapa Cuai, Anak Terkunci...

Slim River - Seorang lelaki cemas selepas anak perempuannya berusia tiga tahun terperangkap...

Itali Akan Hapuskan 1,000 Babi Untuk Kekang Wabak Demam Babi

ROM – Sebanyak 1,000 ekor babi akan dilupuskan selepas dua kes demam babi dikesan di sebuah ladang ternakan di Itali, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kes yang berlaku di wilayah Lazio, Rom itu meningkatkan kebimbangan terhadap industri daging babi di Itali.

“Kami perlu menghapuskan semua babi di kawasan yang tercemar dengan segera,” kata pengurus krisis demam babi, Angelo Ferrari dalam satu temu bual bersama agensi berita tempatan, AGI.

Beliau menambah bahawa 1,000 ekor babi itu perlu dihapuskan seperti yang termaktub dalam prosedur operasi standard pejabat tempatan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Lebih cepat kami bertindak, lebih besar harapan untuk me­ngurangkan kerugian komersial akibat krisis ini,” katanya se­perti dilaporkan oleh agensi berita AFP.


Dua kes demam babi Afrika (ASF) yang dikesan di Lazio adalah pertama di negara itu yang berlaku dalam ternakan babi.

Sebelum ini, kes demam babi ditemui pada babi hutan di utara Itali pada Januari lalu dan kemudiannya di Lazio pada Februari lepas.

Pada bulan lalu, organisasi pertanian terbesar Itali, Coldiretti menyeru kerajaan supaya me­ngarahkan pentadbiran tempatan di seluruh negara membendung penularan penyakit itu.

Pakar-pakar percaya bahawa ASF tidak menjejaskan manusia tetapi menular dan membawa maut kepada babi dan haiwan liar lain. Kesannya mungkin memudaratkan sektor ternakan babi.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori