Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Menarik.. Kucing Minum...

AKSI seekor anak kucing siam mendapat perhatian orang ramai apabila kucing itu hanya mahu...

Lori Bawa Minyak Hitam...

SHAH ALAM - Sebuah lori satu tan yang membawa minyak hitam terpakai terbalik...

Khairy Harap Atlet Kekal...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap atlet negara yang cemerlang...

Kepala 2 Beranak Disembunyi...

MELAKA - Kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayat mereka...

Kakitangan Awam Sri Lanka Diberi Cuti Sehari Untuk Tanam Sayuran

COLOMBO: Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka bertanam sayuran untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Langkah itu juga dijangka dapat mengurangkan masalah keperluan bahan api yang kronik selain menggalakkan rakyat menanam sayuran untuk kegunaan keluarga.

Keputusan berkenaan diumumkan kerajaan hari ini ketika negara itu terus bergelut dengan krisis kewangan terburuk dalam sejarah sejak mencapai kemerdekaan beberapa dekad lalu.

Malam tadi, Kabinet Sri Lanka meluluskan cadangan supaya pekerja sektor awam diberi cuti setiap Jumaat selama tiga bulan, sebahagiannya disebabkan kekurangan bahan api yang menyukarkan perjalanan ke tempat kerja dan bagi menggalakkan mereka bertani.

“Keputusan untuk memberi pegawai kerajaan cuti sehari pada hari bekerja adalah wajar… bagi membolehkan mereka bertani di halaman rumah atau di tempat lain bagi menangani isu kekurangan makanan,” kata pejabat penerangan kerajaan dalam satu kenyataan.

Negara kepulauan yang mempunyai sekitar sejuta pekerja sektor awam berdepan krisis pertukaran asing yang teruk.

Susulan itu, Sri Lanka berdepan kesukaran kritikal untuk membayar kos import bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Sebahagian besar daripada 22 juta penduduk negara itu terpaksa beratur di stesen minyak selama beberapa jam dengan bekalan elektrik kerap terputus sejak beberapa bulan lalu.


Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai peningkatan krisis kemanusiaan dan merancang menyediakan peruntukan AS$47 juta (RM207 juta) untuk membantu lebih daripada sejuta orang yang terjejas.

Penyusutan nilai mata wang, kenaikan harga komoditi global dan dasar ketika ini untuk mengharamkan baja kimia mendorong inflasi makanan meningkat kepada 57 peratus pada April.

Kerajaan sedang melakukan rundingan berhubung pakej bagi menyelamatkan negara itu bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan delegasinya, yang dijangka berlangsung di Colombo pada 20 Jun ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata negara itu juga sedia menghulurkan bantuan kepada Sri Lanka selepas berhubung dengan Perdana Menteri baru, Ranil Wickremesinghe.

“Dalam keadaan yang serba mencabar kini, termasuk dari segi ekonomi dan politik, AS sedia bekerjasama dengan Sri Lanka, di bawah penyelarasan erat bersama IMF dan masyarakat antarabangsa,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Wickremesinghe berkata Sri Lanka memerlukan sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM22 bilion) pada bulan ini bagi memenuhi import penting sepanjang tahun ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori