Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Shahrir Samad Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi...

Serpihan – Malaysia Hantar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua...

Harimau Dahan Merayau Sekitar...

GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memulakan...

Guna Surat Khabar Untuk...

GURU-GURU di sebuah sekolah menengah di Anhui, China, mempunyai kaedah tersendiri untuk mengelakkan...

Kanada Negara Pertama Letak Notis Amaran Bahaya Pada Puntung Rokok

OTTAWA: Kanada bakal menjadi negara pertama di dunia yang meletakkan notis amaran pada setiap batang rokok sebagai usaha mendidik perokok mengenai kesan kesihatan yang bakal dihidapi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lapor The Guardian, Menteri Kesihatan dan Ketagihan, Carolyn Bennett berkata, polisi yang diperkenalkan itu turut meletakkan tanda grafik amaran pada setiap produk tembakau.

“Meletakkan amaran kesihatan pada setiap batang rokok akan membantu memastikan mesej penting sampai kepada orang ramai termasuk golongan muda yang sering menghisap rokok dalam pelbagai situasi sosial.

“Selama ini, mereka sering mengabaikan maklumat yang dicetak pada bungkusan tersebut,” katanya.

Tempoh perundingan bagi perubahan yang dicadangkan akan ditetapkan bermula pada Sabtu, dan pihak kerajaan menjangka perubahan itu akan berkuat kuasa pada separuh suku kedua 2023.

Bennet berkata, notis yang dicetak pada setiap batang rokok berkemungkinan akan berubah-ubah dan mesej yang dicadangkan buat masa ini adalah: ‘Racun dalam setiap sedutan’.


Jelasnya, amaran pada bungkusan kotak rokok pula akan melibatkan senarai lebih panjang seperti kesan kesihatan termasuk kanser perut, kolorektal, diabetes dan penyakit vaskular periferi.

Kanada tidak mengemas kini foto amaran pada kotak rokok sejak sedekad lalu.

Bagi Penganalisis Dasar Kanan, Persatuan Kanser Kanada, Rob Cunningham, amaran yang dicetak secara langsung pada rokok akan menjadi usaha popular di peringkat antarabangsa.

“Tiada negara lain sudah melaksanakan peraturan sedemikian dan kita berharap amaran itu akan membawa perubahan yang nyata.

“Ini adalah amaran yang tidak boleh diabaikan kerana ia akan melibatkan setiap perokok pada setiap sedutan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori