Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Estranged Dedah Penipuan Supaya...

KUALA LUMPUR - Walaupun mengakui malu dan berasakan reputasi kumpulan mereka sedikit tercalar...

Lelaki Dipenjara 9 Tahun,...

SEORANG lelaki yang menyebabkan alat penggera api berbunyi di dalam pesawat gara-gara tindakannya...

Bapa Cacah Tatu Di...

MENYENTUH perasaan, seorang bapa di New Zealand ini sanggup mencacah tatu di kepalanya...

Kerjasama PN-BN Tidak Akan...

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kerjasama dengan BN...

Kapal Kargo Mongolia Ditahan Kerana Berlabuh Tanpa Kebenaran

Kota Tinggi : Kapal Kargo yang berdaftar dari Mongolia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada 11.15 pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal kargo itu ditahan oleh bot ronda APMM di kedudukan 21.8 batu nautika timur Tanjung Balau ketika melaksanakan operasi rutin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan tujuh kru lelaki termasuk nakhodanya.

“Kesemua mereka itu merupakan warga Myanmar yang berusia antara 24 hingga 56 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.


“Pemeriksaan ke atas dokumen kapal pula mendapati nakhodanya gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

“Kapal itu seterusnya ditahan, manakala nakhoda kapal serta seorang kru diturunkan dan dibawa ke pejabat APMM Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori