PUTRAJAYA : Keputusan Bank Pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed) mengumumkan kenaikan kadar faedah 0.75 mata peratusan, tidak memberi kesan kepada Malaysia buat masa ini.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kenaikan itu sudah dijangka sejak minggu lalu.
“Seperti yang kita tahu, pasaran pun terkesan dan ini kerana kadar inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat menyebabkan bank pusat mereka menaikkan kadar faedah.
“Bagaimanapun, impak kepada Malaysia secara asasnya ialah kita perlu melihat apa impaknya kepada global terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Strategik Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) di sini, hari ini.
-Berita Harian