Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Disney, Fox Tolak Tuntutan...

NEW YORK - Walt Disney Co dan Twenty First Century semalam menolak tuntutan...

Pembaharuan Kontrak Anjur F1...

KUALA LUMPUR - Pembaharuan kontrak penganjuran perlumbaanFormula Satu (F1) bagi tahun depan akan...

Kerajaan Selangor Jadi Orang...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu...

Kastam Johor Tumpaskan Penyeludupan...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan penyeludupan 26...

Kerajaan Pertimbang Kecuali Cukai Agromakanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mempertimbang cadangan pengurangan atau pengecualian cukai industri agromakanan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kewangan akan memberikan perincian lanjut berhubung perkara terbabit.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Peringkat Negeri.

“Penubuhan jawatankuasa ini bagi mengkaji dan mencadangkan mekanisme penyeragaman kos caj dan fi yang dikenakan bagi pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.


“Ini disebabkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati kos caj dan fi yang dikenakan oleh pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi pusat sehenti dan agensi berkaitan di seluruh negara adalah berbeza,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, penyeragaman kos caj dan fi ini akan menggalakkan pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori