Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tentera Zionis Tembak Bilik...

GAZA: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah bilik hospital, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan...

D7 Selangor Gempur Pusat...

PUCHONG - Seramai 38 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam...

Jangan Pandang Rendah Kuasa...

KUALA LUMPUR - Peniaga tidak harus memandang rendah kuasa membeli pengguna dengan menaikkan...

Peranan Kementerian Pendidikan Kini...

SERDANG - Peranan warga Kementerian Pendidikan semakin penting berikutan penekanan terhadap pendidikan, yang...

Kes Mohd. Nazlan: SPRM Tunggu Arahan Lanjut Jabatan Peguam Negara

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan yang timbul dan kertas siasatan juga telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Saya bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan lagi dalam isu ini kerana siasatan sudah kami lengkapkan.

“Kita sudah lengkapkan dan sudah serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan setakat ini kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM, di sini hari ini.

SPRM sebelum ini memaklumkan, siasatan kes melibatkan hakim berkenaan telah selesai dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya.


Ia selepas siasatan dimulakan sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat berkaitan perkara itu.

Ia susulan blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa Mohd. Nazlan disiasat berhubung terpalit konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Raja Petra, Mohd. Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar berada dalam akaunnya.

Pada 21 April, Mohd. Nazlan membuat laporan polis berhubung satu artikel mendakwa beliau sedang disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun bank miliknya.

Mohd. Nazlan adalah hakim kes perbicaraan yang mensabitkan kesalahan terhadap Najib berhubung kes SRC International, pada 28 Julai 2020.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori