Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Tidak Boleh...

MELAKA - Penjawat awam sebagai tunjang kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil mudah...

Zoo Diminta Ubah Konsep...

BAGAN SERAI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) meminta zoo...

Jambatan Di Pasir Gudang...

JOHOR BAHRU - Sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang merupakan laluan utama penduduk...

Sidang Kemuncak Asean Ke-26...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak...

KKM Bimbang Kegiatan Doktor Gigi Palsu Kembali Meningkat

Kuala Nerus : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kegiatan doktor gigi palsu atau tidak bertauliah akan kembali meningkat selepas peralihan negara ke fasa endemik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, Dr Noormi Othman berkata, pembukaan semula sektor ekonomi dan kebenaran rentas negeri memberi ruang kepada mereka beroperasi kembali selepas ia tertangguh susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kebanyakan doktor gigi palsu atau pengamal perubatan haram itu menawarkan perkhidmatan secara bergerak dengan mempromosikan perkhidmatan menerusi media sosial.

Katanya, sebanyak 528 aduan diterima di seluruh negara membabitkan kegiatan pengamal pergigian palsu dalam tempoh lima tahun bermula 2017.

“Trend menunjukkan peningkatan dalam tempoh 2014 hingga 2019 dan hanya menurun pada 2020 dan 2021 iaitu masing-masing sebanyak 129 aduan dan 89 aduan.

“Penurunan itu mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang merencatkan pergerakan mereka.


“Jadi kita khuatir dengan pembukaan semula dan kehidupan yang hampir normal seperti sedia kala, kegiatan ini akan meningkat semula,” katanya selepas Sambutan Pelancaran Kempen ‘Say No To Fake Dentists’ Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Tahun 2022, di sini hari ini.

Mengulas mengenai pecahan aduan yang diterima, Dr Noormi berkata, sebanyak 377 kes atau 71.4 peratus membabitkan kes pendakap gigi palsu, 58 kes venir pergigian dan lain-lain kes seperti pembuatan gigi palsu, cabutan gigi dan pemutihan gigi sebanyak 93 kes.

Katanya, daripada 528 aduan yang diterima, sebanyak 10 peratus pengamal perubatan palsu dengan kebanyakan wanita sudah dikenakan tindakan.

“Kebanyakan pengamal perubatan yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun dengan majoriti mangsa juga dalam lingkungan umur sama.

“Sebab itu, kita mempergiatkan kempen ini untuk mengingatkan masyarakat untuk lebih peka dan mengambil berat risiko yang dialami sekiranya mendapatkan perkhidmatan daripada pengamal pergigian haram,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori