Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

APMM Tahan Sebuah Kapal...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 10 kru sebuah kapal kargo yang membawa pelbagai...

KTM: Kad Komuter Link...

KUALA LUMPUR - KTM Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan mengadakan Promosi...

PBM Selangor Sedia Jalani...

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) Selangor menjadi pihak terbaharu yang menyatakan...

HEBOH.. Guru Besar Jual...

PETALING JAYA - Seorang guru besar dari sekolah jenis kebangsaan Cina di Selangor...

KKM Jamin Bekalan Ubat Stabil Mulai Julai

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan bekalan ubat tertentu yang sebelum ini berkurangan akan kembali stabil, mulai bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya mendapati 85 peratus daripada 47 fasiliti kesihatan yang disemak secara rawak mengalami kekurangan sekurang-kurangnya satu jenis ubat.

“Kita juga sudah melaksanakan beberapa semakan secara rawak untuk melihat keadaan kekurangan ubatan, ini membabitkan tujuh hospital, 10 klinik swasta dan 30 premis farmasi, (dengan) 85 peratus daripada 47 fasiliti ini telah melaporkan sekurang-kurangnya satu jenis ubatan mengalami kekurangan.

“Kebanyakannya ubatan yang diguna adalah bagi sakit biasa seperti batuk, selesema, demam dan antibiotik untuk kanak-kanak.

“Malah minggu lalu KKM telah setuju meminjamkan ubat-ubatan kepada mana-mana fasiliti perubatan swasta yang tidak cukup ubat ubatan mereka, saya jangkakan situasi ini akan stabil mulai Julai dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog Menteri Kesihatan sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital (KKM) di sini hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, beberapa jenis ubat-ubatan mengalami kekurangan di pasaran, termasuk di klinik swasta berikutan kegagalan pembekal dari luar negara menghantar bekalan mengikut tempoh ditetapkan akibat kekurangan bahan mentah.

Antara ubat didakwa mengalami kekurangan adalah ubat batuk, demam dan antibiotik yang disifatkan penting untuk rawatan harian pesakit, selain ubat untuk merawat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) disebabkan peningkatan kes itu di seluruh negara.


Susulan pendedahan itu, KKM mencari strategi bagi penyelesaian jangka masa sederhana dan panjang berhubung isu kekurangan bekalan ubat termasuk meneroka sumber baharu atau bekerjasama dengan industri farmaseutikal tempatan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga sudah menghantar sampel bahan kandungan aktif 1,231 produk kepada pendaftar produk bagi mendapatkan maklum balas sejak 16 Jun lalu.

“Kita telah terima maklum balas 50 peratus daripada pihak terbabit, yang mana ada kekurangan sudah pun dilapor kepada persatuan perubatan, hospital dan sebagainya supaya mereka dapat memperoleh ubat ubatan alternatif,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya akan terus memperkukuh hospital awam supaya sentiasa siap siaga dalam menghadapi cabaran kesihatan global.

“Kita tahu pandemik COVID-19 bukan satu-satunya pandemik yang dihadapi manusia, kita bakal menghadapi lebih banyak dan ini bukan pandemik terakhir.

“Justeru, pengalaman berdepan pandemik COVID-19 menuntut kita memberi tumpuan bagaimana hospital awam dapat terus diperkukuh bagi menangani masalah kesihatan awam.

“Kita juga harap persidangan ini dapat digunakan untuk pengembangan idea bagi transformasi penjagaan kesihatan berasaskan nilai. Ini akan memerlukan satu pelaburan besar dari segi sistem data untuk kita mendapat maklumat terperinci bagi setiap kes,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori