Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

WhatsApp Nota ‘Bersiap Sedia...

ALOR GAJAH - Seorang lelaki sempat menulis sekeping nota perancangan hidupnya sepanjang 2015...

Durian D24 Yang Lazat...

KUALA LUMPUR — #GrabDurian kini kembali! Kali ini, Grab memberi peluang kepada peminat...

Belanda Sedia Bantu Ho...

HANOI - Belanda sedia berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan hab ekonomi selatan Vietnam...

TMJ Disahkan Presiden FAM...

KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan...

KKM Sahkan Tiada Gangguan Bekalan Ubat

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada gangguan bekalan ubat bagi beberapa jenis ubat, sebaliknya terdapat alternatif daripada pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim, berkata semalam pihaknya sudah mengadakan perjumpaan dengan industri farmaseutikal bagi membincangkan mengenai kekurangan bekalan ubat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Maklum balas yang diterima daripada pihak industri menunjukkan terdapat peningkatan permintaan yang mendadak bagi beberapa jenis ubat-ubatan termasuk produk dengan bahan aktif paracetamol (bagi rawatan demam dan sakit yang ringan), vitamin C serta ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak.

“Justeru, pihak pengilang juga sudah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhaliza berkata, perjumpaan dengan pihak industri farmaseutikal itu membabitkan Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS).


Semalam, BH melaporkan beberapa jenis ubat-ubatan dikesan mengalami kekurangan di pasaran, ia termasuk di klinik swasta berikutan kegagalan pembekal dari luar negara menghantar bekalan bahan mentah mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antara ubat yang didakwa mengalami kekurangan adalah ubat batuk, demam dan antibiotik yang disifatkan penting untuk rawatan harian pesakit, selain ubat untuk merawat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) disebabkan peningkatan kes itu di seluruh negara.

Dalam pada itu, Norliza berkata, pemantauan yang ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu yang dialami akan diteliti melalui komunikasi berterusan antara KKM dan pihak industri farmaseutikal bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia.

“KKM sedang giat mendapatkan maklum balas daripada pihak industri mengenai situasi sebenar bekalan ubat yang dihasilkan di negara ini atau diimport,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori