Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Dipaksa Lakukan Seks...

SEORANG wanita bersama anak tiri lelakinya telah dihukum dengan undang-undang `rimba’ apabila dibogel...

Kuarantin Rakyat Malaysia Pulang...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang...

UMNO Terus Jadi Benteng...

KUALA LUMPUR - Gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan dipalu bila-bila...

Ringgit Teruskan Aliran Menurun

RINGGIT meneruskan aliran menurunnya daripada semalam untuk dibuka rendah pagi ini berbanding dolar...

Koroner: Polis Salah Guna Kuasa Tembak Mati 3 Lelaki Di Rawang

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan bahawa polis bukannya membalas tembakan untuk mempertahankan diri dalam kejadian kematian tiga lelaki di Rawang pada tiga tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Koroner Rasyihah Ghazali berkata, unsur jenayah wujud dalam kes itu dan terdapat salah guna kuasa dalam kejadian tembakan yang mengorbankan G Thavaselvan, 31, S Maghendran, 23, dan warga Sri Lanka V Janarthanan, 40.

Peguam M Visvanathan, yang mewakili keluarga si mati, mengesahkan keputusan inkues yang diputuskan lewat petang semalam.

“Koroner mendapati polis telah menyalahgunakan kuasa mereka.

“Dia menambah terdapat unsur jenayah dalam kes ini. Tembakan bukan untuk mempertahankan diri,” kata peguam itu ketika dihubungi.

Inkues itu dijalankan bagi menyiasat keadaan sekitar kejadian di Jalan Batu Arang yang menyaksikan tiga lelaki mati ditembak oleh sepasukan polis pada kira-kira jam 5 pagi pada 14 Sept 2019.


Polis mendakwa ketiga-tiga mereka adalah suspek kes samun, dan berlaku insiden kejar-mengejar diikuti dengan tembak-menembak, dan pihaknya hanya melepaskan tembakan sebagai tindak balas.

Janarthanan – seorang warga Sri Lanka – tinggal di United Kingdom dan berkunjung ke Malaysia bersama isteri dan tiga anak mereka. Sementara, Maghendran adalah rakan Thavaselvan.

Bagaimanapun, ahli keluarga Thavaselvan dan Janarthanan mempertikaikan versi polis mengenai kejadian itu dan mendakwa kemungkinan berlaku kecuaian.

Mereka mendakwa bahawa ketiga-tiga lelaki itu, bersama isteri Janarthanan, G Moganambal, keluar untuk makan malam pada hari sebelum kejadian dengan menaiki kereta Perodua Alza dan bukannya Volkswagen Polo seperti yang didakwa polis.

Keluarga itu juga meminta polis menyiasat dan mendedahkan apa yang berlaku kepada Moganambal yang dikatakan hilang sejak itu.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori