Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekas Pelakon Porno Datang...

BEKAS bintang porno terkenal dari Jepun, Maria Ozawa baru-baru ini meluangkan masa berkunjung...

Anwar Guna Talian Hayat-Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Faizal Saari Masih Berpeluang...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari masih berpeluang merebut tempat...

UMNO, BN Utamakan Calon...

MELAKA – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengutamakan calon yang dikehendaki dan...

Krisis Makanan Global Dijangka Punca Kematian Jutaan Umat Manusia

YOGYAKARTA, Indonesia – Krisis makanan global disebabkan perang di Ukraine dijangka membunuh berjuta-juta orang dengan mengakibatkan penduduk paling lapar cenderung dijangkiti penyakit berjangkit sekali gus berpotensi mencetuskan bencana kesihatan dunia yang seterusnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Sekatan laut Russia ke atas pelabuhan-pelabuhan Ukraine di Laut Hitam mengakibatkan eksport bijirin terhenti dan meningkatkan kemungkinan berlakunya kelaparan serta kekurangan bekalan makanan di negara-negara berpendapatan rendah.

Ukraine merupakan pengeksport gandum dan jagung keempat terbesar di dunia.

Impak berantai kekurangan makanan akan menyebabkan ramai penduduk mati bukan sahaja kerana kelaparan tetapi disebabkan daya tahan penyakit mereka menjadi lemah akibat kekurangan zat, kata Pengarah Eksekutif Dana Global bagi Memerangi AIDS, Batuk Kering (TB) dan Malaria, Peter Sands kepada agensi berita AFP minggu ini.

“Saya berpendapat krisis kesihatan manusia yang seterusnya sudah pun bermula. Ia bukan kuman baharu tetapi manusia mengalami kekurangan zat makanan dan terdedah kepada penyakit sedia ada,” katanya dalam satu wawancara sampingan semasa mesyuarat menteri kesihatan negara-negara Kumpulan 20 (G20) di bandar Yogyakarta, Indonesia.


Menurutnya, kerajaan-kerajaan di dunia perlu meminimumkan impak krisis makanan dengan menyediakan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti paling miskin yang menjadi golongan paling mudah terjejas, kata Sands.

Dana global tersebut kini berjumlah AS$4 bilion (RM17.63 bilion).

Beliau berkata, perang melawan Covid-19 telah mengambil sumber dan dana yang diperlukan untuk memerangi TB. Pertubuhan Kesihatan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa penyakit itu telah membunuh seramai 1.5 juta orang dalam tahun 2020.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori