Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dua Remaja Wanita Antara...

BAGAN SERAI – Dua remaja wanita masing-masing berusia 19 tahun dan seorang pemandu...

Himpunan 355: Hadi Harap...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap cadangan meminda...

Wanita Bakar Beg Berjenama,...

TIDAK dapat mengikut rentak dan arus kehidupan mewah yang dijalani suami dan keluarga...

Kes Video Viral Pemilik...

SIASATAN terhadap kes video viral yang memaparkan seorang wanita yang didakwa pemilik sebuah...

Lebih 2 Juta Kenderaan Penuhi Lebuh Raya

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2.14 juta kenderaan memenuhi lebuh raya pada Ahad, di seluruh negara ketika musim cuti sekolah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, mengikut statistik yang direkodkan, 1.85 juta kenderaan memenuhi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan 192,112 kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Menurutnya, bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan LPT2 masing-masing merekodkan jumlah kenderaan sebanyak 72,594 dan 31,001 buah.

“Setakat hari ini (Isnin) sehingga jam 2 petang, pergerakan kenderaan di lebuh raya seluruh negara dilaporkan perlahan dan cuaca dalam keadaan baik.


Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.
“Hanya berlaku kesesakan di kedua-dua arah laluan di Tambak Johor dan arah timur Plaza Tol Penawar, Johor,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah Bakri, kesan kemalangan di Kilometer 42.8 selepas Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi juga dilaporkan kesesakan dengan jangkaan kelewatan satu jam 11 minit perjalanan ke lokasi.

Katanya, masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan di jalan raya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori