Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat Indonesia Bawa 146...

SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan...

Jumlah Sitaan Wang Tunai...

KUALA LUMPUR -  Jumlah sitaan wang tunai susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal...

KKM Yakin Selesai Projek...

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Kesihatan (KKM) yakin dapat menyelesaikan semua projek naik taraf...

Timbalan Pengarah Kewangan DBKL...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari...

Lembah Klang Catat Kes Terbanyak HFMD

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi negeri tertinggi mencatatkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
iaitu 562 wabak bersamaan 32.2 peratus daripada 1,746 kes dilaporkan di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pula berada pada kedudukan kedua iaitu 208 wabak bersamaan 11.9 peratus dan Sarawak, 206 wabak bersamaan 11.8 peratus.

Tahun ini, katanya, bagi kes terkumpul sehingga 4 Jun 2022, Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain iaitu 23,305 kes bersamaan 28.13 peratus.

Jelas beliau, ia diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 9,540 kes (11.52 peratus), Perak 8,032 kes (9.70 peratus), Kelantan 5,782 kes (6.98 peratus) dan Johor 5,234 kes (6.32 peratus) sementara negeri-negeri lain pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 4,600 kes.


“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90 peratus), diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun seramai 6,520 kes (8 peratus), manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,485 kes (2 peratus)

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan pra-sekolah iaitu 1,059 wabak (61 peratus) diikuti oleh
rumah persendirian dengan 605 wabak (35 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 56 wabak (3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Ketua Jabatan dalam perkhidmatan awam perlu mengambil berat berkenaan cuti yang diberikan mengikut peruntukan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian S.R.5.4.4 (Kemudahan Cuti Kuarantin) yang telah ditambah baik dan berkuat kuasa pada 4 Mac 2022.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori