Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Vape Bukan Untuk Dicuba,...

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang tidak pernah merokok tetapi teringin juga hendak menghisap...

7 Fakta Penting Pembunuhan...

PEMBUNUHAN jurutera asal Gaza, Palestin di Kuala Lumpur pada Sabtu, 21 April lalu...

Wan Azizah Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Kira-Kira 900 Lagi Pakar...

PUTRAJAYA - Kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah...

Lewis Hamilton Jamin Beraksi Pada GP Kanada

BAKU – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mengakui, dia tidak akan terlepas untuk bersaing pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada hujung minggu ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pemandu kelahiran Britain tersebut dilaporkan mengalami sakit belakang teruk berikutan cedera akibat gegaran kuat ketika memacu jentera Mercedes pada GP Azerbaijan Ahad lalu.

Juara dunia F1 tujuh kali itu menyifatkan GP Azerbaijan adalah perlumbaan paling sukar dalam kariernya, sekali gus sekadar menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan de­ngan Max Verstappen menjuarai saingan tersebut.

“Perlumbaan di Azerbaijan adalah paling sukar dan semalam saya mengalami kesukaran untuk tidur, namun saya bangkit dengan perasaan positif hari ini.


“Itu adalah perlumbaan paling menyakitkan dan paling sukar saya pernah alami. Belakang saya sakit dan ada kesan lebam, tetapi bukan kecederaan serius. Syukur segalanya baik meskipun terpaksa berdepan tugas sukar di sana.

“Apa pun, kami perlu terus berjuang dan saya akan berada di Kanada minggu ini. Saya tidak akan terlepas untuk beraksi pada perlumbaan tersebut,” ujarnya.

Hasil keputusan tersebut, Hamilton kini menduduki tangga keenam keseluruhan dengan 62 mata, manakala Verstappen yang mewakili Red Bull kekal di tangga teratas dengan lima kemenangan setakat ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori