Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Negara Penting Terbabit...

MILAN (Itali) - Malaysia menjadi antara negara yang berperanan penting dalam Sidang Kemuncak...

Mayat Penuntut UIAM Lemas...

KUANTAN - Mayat penuntut undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kampus Gombak yang...

Perkeso Tidak Lindungi Pekerja...

MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan...

Petronas Agih Bekalan Mentah...

KOTA BAHARU - Petronas mengagihkan bekalan mentah bernilai RM100,000 untuk kegunaan mangsa banjir...

MB: Johor Kaji Semula Cuti Hujung Minggu

Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.

“(Kita) mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta.

“(Oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

“Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesaikannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru hari ini.

Majlis amanat itu yang dihadiri lebih 1,600 penjawat awam negeri dan Persekutuan itu, turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.


Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu, Onn Hafiz dalam amanatnya turut memberikan penekanan mengenai aspek keselamatan bagi memastikan Johor sentiasa selamat untuk didiami dan dikunjungi serta akan meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan Van Polis Bergerak dan Two Wheels Balancing Scooter, terutamanya di kawasan- kawasan tumpuan pelancong.

Katanya, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkukuhkan Program Bandar Selamat dengan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar dan tempat-tempat tumpuan pelancong, serta menambah baik sistem pencahayaan di kawasan-kawasan ‘panas’ jenayah kerap berlaku, premis-premis perniagaan dan kawasan rekreasi.

Beliau berkata Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga akan diperkasa dan peruntukan akan disediakan bagi latihan serta perolehan peralatan asas rondaan kepada 450 SRS aktif di seluruh Johor, untuk tempoh lima tahun akan datang.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori