Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Beri Identiti Baharu Lambang...

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji...

MCMC Proaktif Selesai Masalah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil pendekatan proaktif bagi menyelesaikan masalah...

TPM Sah 2 Pegawai...

LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Yayasan 1MDB: Jemaah Haji,...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak...

Mengapa Bank Negara Lembab Beri Penjelasan

7 JUN 2022 | YB LEE CHEAN CHUNG

Saya kesal dengan tindakan lembap Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memberikan penjelasan serta sokongan kepada mangsa-mangsa yang simpanan bank mereka “dihilangkan” oleh sindiket pemancing scam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Baru-baru ini, kes-kes wang simpanan bank “dihilangkan” telah naik mendadak. Terdapat kes yang mana simpanan tetap bank juga dilesapkan. Tindakan berleluasa kelompok sindikit ini seolah-olah sedang mencabar keupayaan institusi penguatkuasaan dan perundangan negara kita.

Namun, apa yang dialami oleh mangsa-mangsa adalah bank-bank komersil sering kali mengalihkan tanggungjawab kepada pihak polis dan mahkamah. Pembisuan BNM akan mewujudkan persepsi bahawa badan pengawal-selia lebih memihak kepada bank dan bukan rakyat.

Saya bimbang sekiranya BNM masih tidak tampil memberikan penjelasan, sindiket akan menjadi lebih berani, dan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan akan makin terhakis.


Turut diperingatkan bahawa perniagaan bank-bank komersil ini adalah bergantung kepada para penyimpan, maka tidak boleh dilepaskan kesemua tanggungjawab apabila wang simpanan pencarum “dihilangkan”. BNM sebagai badan tertinggi yang mengawal-selia sektor bank juga tidak boleh mendiamkan diri. Jangan sesekali menghantar isyarat bahawa mangsa-mangsa tersebut, dan bukan si penipu yang harus dipersalahkan.

Saya menggesa BNM, polis dan bank-bank komersil supaya menubuhkan jawatankuasa bertindak bersama untuk mempercepatkan dan mengumumkan proses siasatan. Satu talian panas harus diadakan supaya memberikan panduan dan bimbingan kepada rakyat untuk menangani kes-kes tersebut. Dalam jangka masa yang lebih panjang, BNM wajar menerajui penambahbaikan keselamatan maya (Cyber Security), umpamanya mengemaskini kerangka pengurusan risiko teknologi (Risk Management in Technology). Dengan ini, barulah kes-kes penipuan atas talian dapat dikawal, dan keyakinan rakyat dapat dipulihkan.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori