Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

APMM Pertingkat Sistem SAR...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencipta satu lagi sejarah apabila...

Piala FA Terlepas Ke...

TAK ada rezeki.. Piala FA akhirnya terlepas ke tangan Singapura apabila Lions XII...

Heboh! Wanita Indonesia Lahirkan...

KISAH seorang wanita berusia 60 tahun dari Jambi melahirkan bayi sudah bertukar menjadi...

TV9 Terbit Rancangan Running...

SALURAN TV9 bakal menerbitkan sebuah program realiti sendiri berinspirasikan Running Man yang popular di...

Mesin Permainan Anak Patung Dikira Judi

PETALING JAYA – Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

Jelasnya, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.


“la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.

Tambahnya, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori