Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kastam KLIA Patahkan Cubaan...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Anak Samy Vellu Dakwa...

PETALING JAYA - Anak lelaki S Samy Vellu sedang mendapatkan perisytiharan dari Mahkamah...

Gadis Cantik Maut Dibunuh,...

SEORANG gadis cantik berusia 20 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan tisu tersumbat...

KKLW Optimis Bina 3,000...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) optimis dapat melaksanakan...

MOU K’jaan Dan PH Tiada Tarikh Tamat – Annuar

Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan, kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MOU itu Tan Sri Annuar Musa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata MOU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.

“MOU itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham, itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh Pilihan Raya (Umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir bulan Julai, sebelum 31 Julai.

“Tetapi MOU bersama ahli-ahli parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tiada tarikh tamat dan ia MOU memberi sokongan kepada perdana menteri sehingga parlimen dibubarkan, bila dibubarkan itu terpulang kepada perdana menteri dan pimpinan untuk menentukan,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Selamat Datang Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Pada 13 Sept tahun lepas, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah memeterai MOU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ditanya tentang tarikh yang sesuai untuk pembubaran parlimen dan PRU15, Annuar berkata ia sewajarnya tidak terlalu lewat sehingga memberi kelebihan kepada pesaing Barisan Nasional dan tidak terlalu awal sehingga gabungan politik itu tidak bersiap sedia dengan secukupnya.


PRU dalam keadaan rakyat susah?

“Ia diadakan sebaik sahaja kita bersedia, sebut bersedia itu pucuk pimpinan kena tentukan.

“Siap siaga itu banyak sudut daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan keadaan rakyat sendiri.

“Kalau kita buat (PRU15) keadaan rakyat sendiri susah (tetapi) kita dahulukan pilihan raya, kita tidak rasa senang hati.

“Ini semua perlu dinilai dengan terperinci,” katanya.

Kelmarin, Ismail Sabri berkata beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 sekiranya BN sudah bersedia.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori