Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kongsi Rezeki, Tauke Balak...

SYUKUR Alhamdulillah, murah rezeki tauke balak muda ini. Perniagaan kayu balaknya kini semakin...

Program Latihan Kepolisan Dapat...

Kuala Lumpur : Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Latihan dalam...

Wanita Lahir Kembar Tujuh...

BAGHDAD – Seorang wanita berumur 25 tahun dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas...

Perbicaraan Rasuah Air Sabah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air...

NATO Kerah 300,000 Askar Untuk Halang Kemaraan Russia

BRUSSELS, BELGIUM – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan mengerahkan lebih 300,000 askar sebagai persiapan menghadapi ancaman Russia dalam kerahan tentera terbesar sejak Perang Dingin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut akhbar The Sun, peningkatan bilangan tentera itu adalah tindak balas terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang bukan ahli NATO.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, semua 30 negara anggota pakatan itu me­nganggap Russia sebagai ancaman terbesar dan paling signifikan terhadap keselamatan blok ber­kenaan.

“Ini merupakan rombakan terbesar dalam inisiatif pencegahan dan pertahanan NATO sejak Perang Dingin.

“Kami akan mengubah Pasukan Tindak Balas NATO (NRF) dengan meningkatkan bilangan anggota tentera yang berada dalam kesiapsiagaan tinggi ke­pada lebih 300,000,” katanya pada sesi taklimat di ibu pejabat NATO di Brussels kelmarin.

Antara kebimbangan utama yang tercetus adalah kemungkinan Presiden Vladimir Putin menyerang Latvia, Lithuania dan Estonia. Tiga negara itu pernah diperintah oleh Moscow.


Stoltenberg berkata, NATO juga akan memperkuatkan unit-unit yang ditempatkan di lapan negara anggota di timur dan tenggara Eropah bagi menghalang pencerobohan Kremlin.

Saiz pasukan tentera juga akan ditingkatkan kepada pe­ringkat briged yang terdiri daripada 3,000 hingga 5,000 anggota tentera.

Sebagai tambahan, lebih banyak senjata berat termasuk sistem pertahanan udara akan ditempatkan di barisan hadapan, manakala lebih ramai askar akan tentera dikerah untuk mempertahankan anggota-anggota NATO tertentu.

NATO ketika ini hanya mempunyai 40,000 askar dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi tetapi lebih 300,000 anggota tentera tambahan akan ditempatkan untuk bertindak jika berlaku kecemasan.

Seorang pegawai NATO ber­kata, sistem baharu itu akan beroperasi tahun depan sekali gus meningkatkan keupayaan pakatan tersebut untuk bertindak balas dalam masa yang singkat de­ngan bantuan aset ketenteraan di darat, laut dan udara.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori