Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sasaran PTPTN Kutip RM5...

KUALA KANGSAR - Sasaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) untuk mengutip balik pinjaman...

Nenek Usia 140 Tahun...

Purwakarta (Indonesia) - Warga emas dianggarkan berusia 140 tahun digelar Nenek Anami dimasukkan...

Peluang Malaysia Tebus Kecewa...

KUALA LUMPUR – Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menjadi pentas terbaik untuk skuad...

Go TRW Go: Merah...

JANJI terkini Tan Sri Annuar Musa satu suntikan semangat buat Persatuan Bolasepak Kelantan...

Onn Hafiz Bentang Visi, Misi 5 Tahun Johor Pada Selasa

Iskandar Puteri : Menjelang 100 hari pentadbirannya tidak lama lagi, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan membentangkan visi dan misi Johor bagi tempoh lima tahun akan datang pada majlis amanat di sini, esok (Selasa).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Visi dan misi itu antara lain akan menetapkan hala tuju komprehensif merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dasar-dasar dalam aspek pentadbiran, sosial dan ekonomi negeri di bawah kerajaan Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN).

BN memperoleh mandat besar apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri, Mac lalu.

Memberikan bayangan antara inti pati amanat itu, Onn Hafiz menegaskan, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada perkara asas yang penting kepada rakyat seperti penyediaan infrastruktur dan prasarana seperti jalan raya, mengatasi banjir, hal-hal berkaitan tanah serta kemudahan kesihatan.

Selain itu, meningkatkan peluang pekerjaan, penambahbaikan dasar kerajaan sedia ada serta membina ekonomi Johor lebih berdaya saing.

“Kena tunggu 14 Jun, ia (amanat) saya tengok semua penting. Apa yang saya hendak cakap itu semua penting dan saya fikir ramai yang bertanya, ke mana saya hendak bawa negeri yang kita sayangi ini dan saya berhasrat untuk menjawab soalan itu pada 14 Jun.

“Saya tahu bahawa ia sangat penting kerana sama ada hala tuju atau visi ini dapat dilaksanakan atau tidak, ia banyak bergantung kepada komitmen dan kebersamaan mereka (penjawat awam) untuk menjayakan agenda-agenda yang terbabit,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama BERNAMA.

Majlis Amanat Menteri Besar pada Selasa akan dihadiri penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Dalam wawancara julung kali itu, Onn Hafiz, 44, turut menzahirkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan barisan kepemimpinan terdahulu atas pembentukan asas kukuh dan hala tuju jelas yang disediakan bagi Johor.

Berkongsi perasaan rendah hatinya kerana tidak pernah menyangka dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap ini berkata, beliau menerima pelantikan itu dengan lapang dada dan berazam berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat negeri ini.


“Pertamanya, saya tidak pernah menyangka akan menjadi Menteri Besar, namun Datuk Hasni sebagai Menteri Besar ke-18, telah menetapkan asas sangat baik dan banyak yang saya pelajari daripada beliau semasa saya menjadi EXCO. Terdapat hala tuju jelas dari segi apa yang perlu dibuat untuk negeri Johor.

“Saya sangat berterima kasih atas kestabilan dan hala tuju jelas yang ditunjukkan oleh Datuk Hasni semasa beliau menjadi Menteri Besar,” katanya yang dilantik memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan ketika pentadbiran Hasni.

Onn Hafiz, yang pernah berkhidmat selama 12 tahun dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein termasuk sebagai setiausaha politik, berkata pengalaman, ilmu dan pendedahan di peringkat Persekutuan turut membantunya melaksanakan tugas dan menggalas tanggungjawab jawatan nombor satu kerajaan Johor itu.

“Saya lihat macam mana menteri saya pada masa itu berjumpa dengan delegasi asing, jadi banyak saya belajar melalui jawatan terbabit dan saya juga didedahkan kepada menteri-menteri lain. Jadi, ia pengalaman cukup baik dan banyak mematangkan saya,” katanya.

Dalam nada besungguh-sungguh dan menegaskan untuk menumpukan perhatiannya sebagai ‘nakhoda’ yang mengemudi kerajaan Johor, beliau berkata, banyak kekuatan Johor yang boleh ditonjolkan, antaranya kedudukan geografi negeri yang strategik.

Johor berjiran dengan Singapura serta bersebelahan dua perairan laut utama, iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka, sekali gus boleh memacu pertumbuhan pesat tiga pelabuhannya.

“Dari segi kelebihan banyak, sekarang bagaimana saya memanfaatkannya. Jadi sekali lagi kembali kepada asas, perkara seperti memudahkan (prosedur) perniagaan, kita perlu kurangkan kerenah dan perkara lain yang patutnya boleh selesai. Kalau dulu ambil masa enam bulan, sekarang ambil masa sebulan.

“Ini perkara yang sedang dalam perancangan. Saya tidak boleh memberitahu dahulu apa lagi, tetapi kita sedang melihat kepada urusan pentadbiran untuk menjadikan Johor yang cekap. Bila Johor cekap, orang jadi mudah berniaga dan kita mahukan imej itu untuk Johor. Saya nak menjadikan Johor selamat,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori